11

SEBELAS ORANG MENTERI PH YANG PATUT LETAK JAWATAN

(MB JOHOR OSMAN SAPIAN AKHIRNYA LETAK JAWATAN)

Oleh: ISHAM JALIL

Saya baru dimaklumkan bahawa Menteri Besar Johor Osman Sapian telah meletakkan jawatan semalam.

Perkara ini diumum oleh Perdana Menteri Tun Mahathir sejam tadi di Parlimen.

Tun Mahathir berkata buat sementara waktu ini Johor tiada Menteri Besar dan beliau sedang mencari pengganti. Ini bermaksud perletakan jawatan MB ini berkuatkuasa serta merta.

Saya juga dimaklumkan bahawa DYMM Sultan Johor telah lama membuat keputusan untuk menukar MB.

Oleh itu sebelum MB Osman Sapian ini dipecat secara paksa, eloklah beliau meletakkan jawatan.

Ini susulan ketidakcekapan pentadbiran kerajaan negeri Johor di bawah PH dan MB Osman Sapian dan kegagalan menguruskan krisis pencemaran di Pasir Gudang baru-baru ini yang mengakibatkan beribu rakyat johor jatuh sakit kerana diracun oleh gas merbahaya.

Semasa krisis gas beracun sedang memuncak, beliau telah pergi ke Batam dan meninggalkan tanggungjawab beliau di Pasir Gudang.

Osman Sapian juga mempunyai masalah tuduhan menipu sijil kelulusan ijazah yang sehingga kini tidak terjawab.

Saya berpandangan terdapat sekurang-kurangnya 11 orang Menteri atau Timbalan Menteri serta anggota pentadbiran Kerajaan PH yang perlu meletakkan jawatan juga supaya mereka tidak lagi memberi kesan yang buruk dan mendatangkan musibah kepada rakyat.

Menteri-menteri ini adalah seperti berikut:

1. YB Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri: Menandatangani Statut Rom tanpa merujuk Majlis Raja-raja dan Parlimen dan mencadang supaya Malaysia meratifikasi ICERD yang memberikan kesan kepada kedaulatan negara dan pengaruh kuasa asing.

2. YB Marzuki Yahya, Timbalan Menteri Luar Negeri: Kes ijazah terbang beliau dari “Cambridge”.

3. YB Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan: Kes beliau atau pihak beliau cuba mengelirukan atau menipu rakyat tentang ijazah dan kelulusan beliau.

4. YB Mahfuz Omar, Timbalan Menteri JPM: Tiada ijazah dan kes yang beliau atau pihak beliau cuba menipu rakyat berkenaannya.

5. YB Mat Sabu, Menteri Pertahanan: Tiada ijazah.

6. YB Lim Guan Eng, Menteri Kewangan: Kes yang beliau atau pihak beliau cuba menipu rakyat berkenaan kelayakan akauntan profesional beliau. Meranapkan ekonomi negara sehingga pelabur lari dan pasaran saham merudum. Kes rasuah terowong dan rumah bungalow beliau.

7. YB Teresa Kok, Menteri Komoditi: Tidak kompeten, dasar-dasar tidak bijak seperti kempen sawit, menoreh musim tengkujuh etc.

8. YB Yeo Bee Yin, Menteri Alam Sekitar: Tidak kompeten, terutama dalam pengurusan krisis pencemaran Pasir Gudang.

9. YB Maszlee, Menteri Pendidikan: Tidak kompeten, dasar-dasar pendidikan yang trivial seperti warna kasut dan stokin etc.

10. YB Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan: Tidak kompeten, tiada pengalaman, tiada kesan ke atas dasar sukan; oleh itu membazir wang rakyat untuk membayar gaji beliau berpuluh ribu sebulan yang boleh digunakan untuk perkara lain yang lebih penting.

11. YB Waythamoorthy, Menteri Perpaduan: Pernah memberikan ucapan perkauman dan menerukkan keadaan hubungan kaum di Malaysia.

Sekiranya mereka-mereka ini terus berada dalam Kabinet, maka Malaysia Baharu ini menuju ke arah musibah dan kesusahan kepada rakyat.

Kita perlu menukar mereka ini atau menukar kerajaan supaya rakyat tidak terus terbeban dengan ketidakcekapan mereka atau oleh kerosakan yang dibawa oleh dasar-dasar dan keputusan mereka.

ISHAM JALIL
9 April 2019

Othman Wok.

CnP ……

Dalam sejarah negara, ramai terlupa tentang antara *sebab Singapura berjaya dikeluarkan dari Malaysia.*

Salah seorang individu yang bertanggungjawab dalam pemisahan tersebut adalah *Othman Wok, bekas pengarang akhbar Berita Harian dan Utusan Melayu.*

Kerana kuasa politik orang *Cinalah Singapura terpaksa dipisahkan dari Malaysia. Othman Wok lah yang paling banyak membantu mempengaruhi orang Melayu Singapura yang kemudiannya dijadikan menteri dalam kerajaan Lee Kuan Yew sebagai ganjaran.*

Diantara peranan yang dimainkan oleh Othman Wok pada masa itu ialah *melakukan hasutan dan fitnah terhadap isu semasa dan menaikkan kemarahan anak muda terhadap UMNO Singapura.*

*Fitnah dan hasutan ini telah menjadikan anak muda terus menolak UMNO dibawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman.*

Akhirnya.., *UMNO tewas ke semua kerusi di Singapura.*

Sekarang peranan Othman Wok mirip dengan apa yang dilakukan oleh *Anwar Ibrahim mahupun Mat Sabu terus memperdayakan anak muda Melayu agar memberi undi kepada sekutu kuasa politik orang Cina PAP.*

Setiap kali dia berceramah, setiap kali itu juga dia mengatakan yang *hak-hak keistimewaan orang Melayu dan raja-raja Melayu ini hanya retorik dan mainan Tunku. Kononnya Tunku ada agenda lain, iaitu untuk merampas tanah orang Melayu di Singapura.*

*Pengkhianatan sedang dilakukan oleh beberapa pemimpin Melayu yang kini berada bersama DAP* untuk tujuan yang sama dilakukan oleh Othman Wok terhadap bangsa Melayu dan UMNO di Singapura.
*Akhirnya bangsa Melayu Islam dan UMNO hilang di persada politik dan menjadikan bangsa Melayu seperti pengemis.*

*DAP dengan agenda liciknya sedang memporak perandakan dunia Islam di Malaysia. Melalui jaringan yang mantap penuh rahsia.*

*Jalan yang paling mudah ialah menghidangkan hiburan dan mengajak manusia yang bernama Melayu melakukan kerja bodoh dengan berdemo menentang kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu.*

Pada awal 70an, *Lee Kuan Yew telah mencadangkan agar semua jenazah orang Islam Singapura dibakar kerana kawasan kuburan sangat terhad*.

*Othman Wok yang juga Menteri mewakili orang Melayu membuktikan ketaatannya dengan menyokong pendirian Lee Kuan Yew itu sehingga mencetuskan bantahan MUIS dan seluruh masyarakat Islam.*

Tindakan tersebut *mempunyai persamaan di mana isu wang zakat, Azan, Kalimah Allah serta banyak lagi isu berkaitan dengan aqidah serta hukum halal dan haram didalam agama Islam yang mahu dianggap sebagai perkara yang remeh dan dicadangkan agar di halalkan segalanya.*

Sikap yang ditunjukkan *Othman Wok saling tak tumpah dengan sebilangan pemimpin Melayu di Pakatan Rakyat yang sentiasa akur dengan DAP sebagai kata pemutus muktamad.*
Apakah kita sehingga kini masih lagi dalam keadaan begitu bodoh yang mahu menerima pengkhianat seperti ini dalam politik kita.

Sehingga sekarang ini *Othman Wok masih dianggap sebagai pengkhianat Melayu oleh kebanyakan orang Melayu Singapura, kerana hasutan dialah, Lee Kuan Yew mengharamkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS aka UMNO Singapura) salah satu sayap UMNO di Singapura.*

Cara jalan cerita Othman Wok ini seakan *sama dengan jalan cerita yang berlaku sekarang ini di negara kita*.
Takkan kita orang Melayu di sini ingin jadi seperti orang Melayu di Singapura, ibarat melukut di tepi gantang, merempat di bumi sendiri.

Jangan sampai petualang Melayu seperti Othman Wok ini ada dan hidup membiak di dalam negara kita.
Terima Kasih Othman Wok kerana telah ‘mengadaikan’ nasib bangsa sendiri.
*Mirip siapakah watak Othman Wok di Malaysia?* Tepuk dada tanya minda.
☪☪☪☪☪☪☪☪☪☪☪

Hari raya qurban.

HARI RAYA Haji dikenali juga sebagai Hari Raya Korban dan ianya merupakan salah satu daripada hari kebesaran Islam yang diraikan pada setiap 10 Zulhijah mengikut takwim Hijrah.

Hari Raya ini juga dinamakan Hari Raya Haji kerana pada saat tersebut jutaan umat Islam datang dari seluruh pelusuk dunia dan berkumpul di Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah haji bagi menyempurnakan Rukun Islam kelima dan sebagai menyahut seruan Allah Subhanahu Wataala. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 196 yang bermaksud:

“Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah …..’

Pada hari ini, umat Islam disunatkan melakukan ibadah korban sebagai tanda ingatan terhadap peristiwa Nabi Ibrahim Alaihissalam telah mengorbankan anak baginda, Ismail Alaihissalam demi kepatuhan dan ketaatan baginda terhadap perintah Allah Subhanahu Wataala. Di samping itu melalui peristiwa ini jelas membayangkan betapa setiap yang hendak dikorbankan itu mestilah sesuatu yang bersifat paling disayangi dan berharga. Ibadah ini juga boleh melatih perasaan individu Muslim agar jangan bersikap bakhil dan kedekut di dalam mengeluarkan harta demi membela dan membantu golongan yang lebih memerlukan seperti orang-orang fakir dan miskin.

Manakala dari segi kelebihan ataupun fadilat yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala di dalam melakukan ibadah ini di antaranya ialah:

1. Mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah Subhanahu Wataala.

2. Dapat menebus dosa iaitu melalui setiap titisan darah binatang yang dikorbankan dan binatang-binatang ini juga bakal menjadi tunggangan di atas titian sirat.

3. Bulu-bulu binatanga yang dikorbankan itu juga adalah satu kebajikan.

Sementara kelebihan ibadah korban dari aspek kemasyarakatan dan kemanusiaan pula ialah:

1. Mewujudkan suasana harmoni, kerjasama dan kasih sayang sesama Muslim.

2. Melahirkan sikap penyayang.

3. Memupuk sifat suka berkorban dan bersedekah.
Namun demikian, seperkara yang patut diberikan perhatian di dalam melakukan ibadah korban ialah agar ianya dibuat di atas dasar keikhlasan dan mengharapkan keredaan Allah Subhanahu Wataala semata-mata dan bukan sebagai jalan untuk bermegah-megah dengan kekayaan yang ada. Sesungguhnya Allah Subhanahu Wataala hanya akan menerima amalan seseorang itu mengikut tahap keikhlasan dan juga ketakwaannya dan bukan kepada besar atau kecilnya binatang yang dikorbankan itu.

Firman Allah Subhanahu Wataala di dalam Surah Al-Hajj ayat 37 yang bermaksud:

“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu….”

Menyedari akan kelebihan ibadah korban itu, maka kita seharusnya berlumba-lumba dan bersegera di dalam melakukannya untuk mendapat keampunan dan keredaan daripada-Nya, di samping memperbetulkan niat agar segala amalan kita diterima oleh Allah Subhanahu Wataala demi kebahagiaan di akhirat nanti.

Rantai.

TARBIAH HATI..

Sayidatina Aisyah ra meriwayatkan:

“Aku pernah menjahit baju di bilikku, tiba-tiba lampu padam, bilik menjadi gelap dan jarum terjatuh. Ketika aku cuba meraba-raba mencari jarum itu, tiba-tiba Nabi SAW datang kepadaku dari pintu bilik. Baginda mengangkat lampu dan wajahnya. Demi Allah yang tiada Tuhan selainnya, sesungguhnya telah terang setiap penjuru bilik dengan cahaya wajah Baginda sehinggalah aku dapat menjumpai kembali jarumku, kerana nur yang memancar. Kemudian aku menghadap kepadanya, lalu aku berkata: “Engkau lebih mulia daripada ayah dan ibuku wahai Rasulullah. Sungguh terang cahaya wajahmu.” Nabi SAW berkata: “Wahai Aisyah, rugi besar kepada sesiapa yang tidak dapat melihatku pada hari Kiamat.” Aku bertanya: “Siapakah yang tidak boleh melihat engkau pada hari Kiamat wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Rugi besar kepada sesiapa yang tidak dapat melihatku pada hari Kiamat.” Aku (Aisyah) bertanya lagi: “Siapakah yang tidak boleh melihat engkau pada hari Kiamat wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Mereka yang ketika namaku disebut di sisi mereka, dia tidak berselawat ke atasku”.

(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Allahumma solli a’la sayyidina muhammad wa’ala ali sayyidina muhammad..
🌹🌹🌷🌷🌷🌺🌺🌸🌸🌹